• JoomlaWorks AJAX Header Rotator
PELAMIN 'COTTAGE HOUSE'
Friday, 28 August 2009

 

 

 

 

 

 


Click on image to preview!








 

 

 

1. Atas peluang dan kepercayaan dari pihak URBAN VIBE EVENT, BUTIK PENGANTIN RINS SUZANA telah menjadi penaja utama pentas utama bagi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MIDVALLEY 2009.


2. Dengan konsep pengekalan identiti BUTIK PENGANTIN RINS SUZANA, inilah hasil yang dibawakan ke pameran tahun ini oleh kami. Bercakap tentang konsep dan identit RINS, bermula 6 tahun yang lalu, RINS memasuki bidang perkahwinan ini dengan membawa konsep dekorasi ringkas berasaskan warna putih atau offwhite yang mana telah diolah untuk disesuaikan dengan sebuah majlis perkahwinan Melayu.

3. Agak sukar untuk meyakinkan pelanggan untuk menerima warna ini pada ketika itu kerana segelintir besar masih berpendapat perkahwinan melayu masih terikat dengan tradisi penggunaan warna-warna yang lebih terang dan ceria.
Namun RINS yakin jika diberi peluang yang lebih luas, konsep yang RINS bawakan ketika itu dapat diterima dengan menyeluruh tetapi mungkin mengambil masa.

4. Jika tahun terdahulu RINS bawakan konsep garden dengan pengunaan bunga-bunga putih, namun untuk tawaran pakej perkahwinan 2010, RINS ingin menawarkan satu konsep yang berbeza sedikit tetapi masih tidak lari jauh dari konsep asal. Dekorasi kali ini bertemakan relaks dan santai yang berlatarbelakangkan kawasan persekitaran rumah. Dari segi pemilihan warna, RINS menggabungkan warna putih dan soft pink untuk menonjolkan dekorasi yang simple n sweet. Manakala ranting-ranting dibawakan sebagai penghias pentas dengan sedikit bunga-bunga Soft pink hasil ilham pemerhatian persekitaran di mana pohon2 tepian jalan kebanyakan telah mula meluruhkan daun dan mengeluarkan bunga-bunga berwarna pink dan ungu yang lembut.

5. Berkisar tentang material pelamin pula, kali ini RINS banyak menumpukan kepada olahan kayu berbanding material berasaskan kain. Pengilhaman pelamin ini adalah gabungan & cetusan idea bersama pemilik RINS dan telah direalisasikan dari usaha gigih dan kerjasama yang baik oleh 3 wedding designer dari RINS SUZANA.

6. Rekabentuk kerusi pula hasil dari cetusan tranformasi trend masa kini iaitu dari penggunaan kerusi khas pengantin kepada jenis rekabentuk lebih moden dan ringkas dari sofa. Namun untuk menampakkan sedikit kelainan dan ciri eksklusif, kami membawakan sepasang sofa jenis ‘highback chair’ untuk pameran ini.

7. Semoga semua pengunjung berpuas hati dengan apa yang kami pamerkan sepanjang 3 hari di Mid Valley. Kepada pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan pelamin tersebut, anda boleh mengunjungi butik kami di Taman Permata Ulu Klang bagi perbincangan lanjut dan tempahan.


 

Terbaru Dari RinS

Koleksi Pakaian - Kod : (RM380 L&P)    Koleksi Pakaian - Kod : (RM250 L&P)    Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - Kod :    Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - Kod :     Koleksi Pakaian - SOLD   

Koleksi Pelamin

Pelamin Dewan - Pelamin Nadira - TTDI    Pelamin Dewan - Pelamin Galeri Shah Alam    Pelamin Dewan - Pelamin Nadira - TTDI    Pelamin Dewan - Pelamin 3 Panel    Pelamin Dewan - Headboard    Pelamin Dewan - Pelamin Bumbung 'ELIS & MAN'    Pelamin Dewan - Pelamin 3 Panel    Pelamin Dewan - Pelamin 3 Panel Bercantum    Pelamin Dewan - 5 Panel    Pelamin Dewan - 3 Segi   

Pengantin RiNS

Pengantin RiNS - 3838771877_8179eba35b_o    Pengantin RiNS - 3814325658_9b092f87e6_o    Pengantin RiNS - 3813513389_0a65d91ef2_o    Pengantin RiNS - Qhadijah Sri Rampai    Pengantin RiNS - Qhadijah Sri Rampai    Pengantin RiNS - 3833378707_50426bf7f6_o    Pengantin RiNS - 3883071023_480ae21027_o    Pengantin RiNS - 3883070353_0c27a20824_o    Pengantin RiNS - 3833369517_a1c6636420_o    Pengantin RiNS - Aidanur Outdoor   

Login

Kawan dengan RinS..
No account yet? Register | Lost Password?

Berita RINSS

Name:
Email:


Pelawat