Mungkin
agak terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009
buat semua pelawat laman RiNS ini tidak kira yang telah lama mengikuti
perkembangan kami mahupun dari mereka yang baru mengenali RiNS..Namun kesibukan
musim yang lalu banyak membataskan masa saya berada di depan laptop ini..
Diari 2008 RiNS telah ditutup dengan pelbagai kenangan yang tidak akan kami
lupakan sebagai bekalan untuk membuka lembaran baru 2009 bersama
pelanggan-pelanggan yang lain pula. Terlalu banyak perkara yang kami pelajari
sepanjang tahun 2008 dan telah banyak membantu kami dalam proses mempersiapkan
diri menempuhi cabaran yang lebih jauh sepanjang 2009 ini.
Sempena lembaran baru pada tahun ini, kami ingin menaiktaraf mutu perkhidmatan
kami serta kualiti servis yang ditawarkan kepada anda yang menghargai serta
memberi sokongan serta kepercayaan setiap perjalanan RiNS ini. Kami menyusun
jari memohon jutaan maaf di atas segala ketidaksempurnaan terutamanya sepanjang
perniagaan kami beroperasi secara kecilan di salah sebuah rumah jenis
‘townhouse’ yang tidak begitu luas dan kurang selesa untuk pelanggan kami.
Pelbagai reaksi positif dan tidak kurang yang berpandangan negative terhadap
perniagaan home based ini yang kami terima sepanjang operasi kami. Kerana itu,
kami sentiasa mengingatkan secara terbuka di laman kami di mana operasi kami
hanya secara kecilan di lokasi deretan townhouse sahaja agar mereka yang datang
tidak membawa setinggi imiginasi di mana RiNS adalah salah sebuah butik yang
besar. Walaupun begitu, masih ada yang tidak mengetahuinya kerana tidak
melayari laman-laman yang seterusnya berkenaan di sebalik RiNS ini. Kerana itu,
mereka menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan apabila sampai sahaja baru
mengetahui tentang lokasi ruangniaga kami. Kepada mereka yang mementingkan
lokasi ruangniaga, mungkin RiNS bukanlah pilihan yang tepat buat anda untuk
datang membuat kunjungan kerana buat masa terdekat ini, kami masih lagi
beroperasi secara kecilan. Ada juga yang
memahami lokasi kami namun agak keliru dan mereka mengambil kesempatan untuk
datang selepas jam 5ptg. Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa walaupun
perniagaan kami adalah secara home based, namun kami bukan menetap di lokasi
yang sama. Ruang niaga dan kediaman kami adalah di lokasi berbeza. Kerana itu,
saya tidak dapat memenuhi permintaan untuk menyediakan servis sehingga ke waktu
malam.
Dengan mengambilkira kesemua faktor keutamaan untuk keselesaan
pelanggan-pelanggan kami, RiNS akan melangkah setapak lagi dengan 1
penghijrahan lokasi antara februari-mac nanti. Dengan hijrah tersebut, kami
mengharapkan agar kekurangan yang ada pada masa yang lalu dan masa yang
terdekat ini dapat diatasi.
Proses peralihan ini akan memberi sedikit kesan dalam tempoh terdekat ini di
mana kesibukan kami akan lebih bertambah, susun atur barangniaga di lokasi kini
akan menjadi kurang elok kerana kami akan memulakan operasi ini secara
beransur-ansur dan mungkin akan melibatkan pandangan yang kurang teratur semasa
kunjungan anda..
Dengan ini, kami amat mengharapkan agar anda yang bakal mengunjungi kami dalam
tempoh terdekat dapat memahami segala situasi tersebut menjelangnya proses
penghijrahan kami ini. Sebagai sejuta penghargaan buat pelanggan RiNS, kami
ingin berkongsi kesyukuran di atas hijrah kami ini bersama semua yang telah
menjadi tunggak utama RiNS…Nantikan utusan khas tidak lama lagi buat semua
pelawat RiNS ini. Mungkin ada yang menarik menanti anda tidak lama lagi……
PROMOSI PAKAIAN PENGANTIN, PELAMIN DAN KELENGKAPAN BUTIK(terpakai) UNTUK DIJUAL
Buat bakal pengusaha butik perkahwinan yang masih mencari kelengkapan
perniagaan anda, anda dialukan untuk menghubungi kami di RiNS untuk mendapatkan
barangan tersebut dengan harga yang amat berpatutan. Sempena proses peralihan
ini, kami ingin mengemaskini stok barangan sedia ada dan membuka jualan
barangan terpakai kepada rakan-rakan niaga yang sealiran dengan RiNS. Promosi
ini dibuka bermula sekarang sehingga 31/1/09. Anda boleh merebut peluang ini
untuk mendapatkan barangan yang anda perlukan dari kami dengan harga yang
terendah.
Untuk temujanji membuat kunjungan/pembelian, sila hubungi :- 013-9400160
(suzana)
servis pos juga disediakan.Kos pos adalalah tanggungan pelanggan.
Coretan 18/11/08
Wednesday, 26 November 2008
18/11/08
Alhamdulillah, syukur ke hadratNya
kerana pada minggu ini kami berjaya menyiapkan 4 buah pelamin di 3 lokasi dengan
jayanya hasil dari kerjasama semua pihak. Secara langsung juga telah ‘mengubat’
rasa terkilan kami pada minggu lepas terhadap pengalaman pahit kami yang pertama
sepanjang perniagaan kami ini.
Selama baru hampir mencecah 5 tahun usia
RiNS, rekod pertama dicatatkan ialah tempoh persiapan dekorasi berlarutan
sehingga 10 jam untuk sebuah pakej sederhana dan berakhir dengan hanya menerima
bayaran sebanyak RM200 sebagai bayaran deposit tempahan.
Selama ini,
kami hanya menggunakan maksimum 3 jam kerja jika pakej bernilai besar atau
melibatkan 2 pelamin besar berbumbung/berkubah untuk persandingan 2 pasangan.
Kekecewaan kami pada minggu yang lalu akhirnya terubat dengan
‘kehadiran’ 3 pelanggan kami pada minggu ini yang kesemuanya amat menghargai
segala hasil sentuhan kami dan hadir pada 2 hari sebelum majlis berlangsung
untuk menguruskan pembayaran penuh tanpa sebarang masalah.
Dengan itu,
kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi ucapan terima kasih
kepada DILA dan DR. SYAMSUL, HUDA dan suami, NURUL dan suami yang telah
menyuntik semula semangat kami yang lebih kuat, menyokong dan menghargai setiap
apa yang kami ‘sajikan’ di majlis pelanggan-pelanggan kami.
Sokongan
tersebut akan dapat membantu kami dalam proses mempersiapkan diri membina
kekuatan masing-masing menghadapi segala kemungkinan, juga untuk lebih bersedia
kepada 1 peralihan baru pada 2009 yang bakal menjelang.
Mencoretkan
serba sedikit tentang salah satu persiapan majlis pelanggan kami pd minggu ini,
saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai proses persiapan majlis resepsi
DILA dan DR SYAMSUL di Peransang Templer Golf Club Rawang.
Perkenalan
Dila dan saya adalah dari laman fotopages dan website RiNS. Saya dikunjungi oleh
Dila dan rakan-rakannya utk mendapatkan servis sewaan pakaian pertunangan pada 2
Syawal dan pelamin mini untuk akad nikah pada 18 Syawal. Dila merupakan antara
pelanggan RiNS yang cukup simple, mudah dikendalikan, sama sekali tidak cerewet,
dan yang penting amat sopan dan berbudi bahasa. Segala keperibadiannya itu
membuatkan saya rasa beliau amat menarik perhatian dan beliau juga adalah
tergolong dalam sejumlah pelanggan saya yang amat saya senangi.
Pada
ketika selesainya majlis akad nikah, saya anggapkan segala urusan saya dan Dila
telahpun selesai. Oleh itu, seperti kebiasaannya apabila berakhirnya majlis,
maka selesailah tugas saya dan yang lain. Namun, lebih kurang 2 minggu yang
lalu, saya telah dihubungi semula oleh Dila. Beliau menyatakan hasrat untuk
mendapatkan sekali lagi servis dari RiNS sempena majlis resepsi beliau dan
suami.
Kunjungan untuk perbincangan lanjut oleh Dila dan Dr Syamsul
membuatkan saya merasa agak gusar jika kami tidak mampu menyediakan apa yang
dihajati oleh mereka dengan kepakaran yang tidak sepertimana ini.
Perbincangan bersama mereka cukup simple, ringkas dan terlalu singkat
memandangkan masa mereka yang amat terhad. Kerana itu saya amat khuatir jika
perbincangan ringkas itu akan mendatangkan kesan yang kurang baik sewaktu hari
pemasangan kerana kebiasaannya saya sentiasa dikunjungi oleh pelanggan yang
mengambil masa yang agak lama untuk sesebuah perbincangan.
Apa yang
menarik di sini adalah Dr. memberi peluang dan kebebasan utk kami mengolah idea
asalkan hasilnya bertepatan dengan apa yang diperlukan dlm majlis mereka.
Permintaan beliau adalah agar kami lakukan apa yang terbaik bagi memenuhi konsep
‘simple’ untuk pelamin di atas pentas dewan dan juga menyediakan 1 dekorasi bagi
menempatkan sebuah meja kecil untuk santapan hanya sepasang Raja dan Ratu
sehari. Satu kelainan yang cuba ditampilkan di sini adalah konsep santai
pasangan mempelai semasa majlis santapan. Jadi, saya mencadangkan agar pelamin
terbaru disediakan untuk ditempatkan di atas pentas dewan dengan bersaiz 20 kaki
dan sebuah lagi pelamin berbentuk seumpama ‘Pergola kayu’ bagi menempatkan meja
santapan makan berdua mereka seumpama ‘candle light dinner’ yang lebih relaks,
romantic namun masih mengekalkan ciri ‘simple’ dari RiNS.
Bermula dengan
perjalanan kami ke PTGC yang mengambil masa hampir 3o minit, kami tiba di
perkarangan dewan pada jam hampir 5 ptg. Proses pemunggahan barang dari lori
tidak mengambil masa yang lama kerana kami dapat menurunkan semua kelengkapan
terus di hadapan pintu masuk dewan.
Proses pemasangan dimulakan
sepenuhnya pada jam 5.30 ptg. Saya agak khuatir 2 pelamin baru kami dapat
disiapkan sebelum jam 8malam memandangkan upacara raptai penuh akan
dilangsungkan nanti dan memerlukan kesemua pelamin disiapkan. Pelamin yang
bersaiz 20 kaki itu juga walaupun nampak agak ringkas, namun kekuatan yang agak
jitu diperlukan disebabkan kerangka tersebut adalah agak berat untuk
dikendalikan bagi menjamin kestabilannya.
Kedua set kerangka pelamin
dinaikkan secara serentak dengan pecahan 2 team kerja RiNS bagi menjamin
pemasangan 2 pelamin besar dapat diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 3 jam.
Saya merasa gembira atas kesungguhan kerja dari semua kakitangan RiNS yang
terlibat untuk menyiapkan kesemuanya secepat mungkin walaupun agak rumit kerja
kali ini memandangkan ini adalah pertama kali RiNS menyediakan pelamin tersebut
bagi yang berada di atas pentas dan kali ke 2 bagi ‘Pergola’ selepas di Sri
Rampai.
Dengan kerjasama dan kesungguhan dalam team kami, akhirnya kami
dapat menyiapkan 2 buah pelamin dalam tempoh tidak melebihi 3 jam dan upacara
raptai dapat dilangsungkan tanpa gangguan dari pihak kami membuat kerja
pemasangan.
Kami amat berterima kasih di sini kerana selain diberi
peluang untuk menambahkan keserian majlis mereka, kami juga telah dihidangkan
dengan 2 menu istimewa pada sebelah petang dan malam. Sambil menikmati jamu
selera tersebut, saya mengambil peluang untuk bertanyakan kenalan Dila tentang
pendapat mengenai dekorasi yang kami persembahkan kali ini. Ini adalah untuk
mendapatkan reaksi awal dari mata yang memandang sebelum saya sendiri menanyakan
komen dari pasangan mempelai.
Sebaik sahaja semua selesai, saya
mengambil peluang untuk bertanyakan sendiri kepada Dr dan Dila sama ada masih
ada kekurangan ataupun telah sempurna sebelum kami melangkah pulang. Sukar
digambarkan namun reaksi mereka yang amat gembira itu telah menepis segala
kepenatan yang dirasai dan seolah dicampak keluar keletihan tersebut dan diganti
dengan seribu kepuasan yang sukar saya dan suami gambarkan. Di situlah letaknya
nilai kepuasan kerja yang kami cari selain untuk mencari rezeki yang halal di
‘laluan’ ini. Kami ‘dilepaskan’ pulang dengan hati yang gembira dan membawa
balik seribu kepuasan kerja setelah dapat menggembirakan hati pelanggan kami.
Semoga segala layanan baik pasangan ini dan kesemua pelanggan kami
selama ini akan mendapat keberkatan dan kebahagiaan sepanjang perjalanan hidup
anda. Kami mendoakan kesejahteraan anda yang telah banyak memberi sokongan dalam
setiap langkah kami di RiNS…
-suzana abdullah-
CORETAN KERJA RiNS..
Monday, 20 October 2008
CORETAN KERJA RiNS..
Setelah sebulan melalui ibadah puasa, kini tiba syawal yang mulia. Sepanjang Ramadhan, kami hanya sibuk dengan temujanji-temujanji pelanggan yang ingin datang membuat tempahan. Dalam tempoh tersebut juga adalah peluang bagi kami untuk menarik nafas lebih panjang kerana tiada sebarang tempahan pelamin dibuat. Namun bermula 10 Syawal yang lalu, kesibukan kami telah kembali dengan proses persiapan akhir majlis pelanggan di mana beberapa pelamin telah disiapkan untuk majlis pertama selepas agak lama bercuti yang berlangsung pada 11 Oktober.
Dalam proses pemilihan dan pencarian PERINTIS
RINS, kami telah menyediakan beberapa soalan untuk dijawab secara situasi dan
juga 1 tugasan berkumpulan bagi membantu kami membuat penilaian dalam pemilihan
tersebut. Setelah melalui 5 peringkat penilaian melalui online, pertemuan dan
beberapa soal jawab serta tugasan secara praktikal, kami telah yakin dan
bersedia untuk mengumumkan 2 PERINTIS RINS yang dicari selama ini.
Pada 31/8/08 jam 12 tengahari bertempat di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju..
RINS telah mengadakan satu perjumpaan peringkat akhir bersama peserta PERINSTIS RINS yang dihadiri oleh 14 orang.5 orang peserta dari 2 kumpulan iaitu RYAA - Sada dan Mimi dan RINS REKA TEAM - Izza, As dan Aida. 2 dari 'CINTADANMEREKA', 2 dari 'POTRET KASIH' dan
3 orang jemputan dari 2 kumpulan peserta yang bertindak sebagai pembantu peserta.
viagra : «link» adipex p home page adipex p or «link» us phentermine 37.5 or «link» cheaper tramadol or «link» medication information tramadol or «link» tramadol no prescription florida or «link» natural phentermine or «link» ways to get viagra o
isha butik : dtg lah butik ii...ky yang menarik dari ni...dan harga jauh lagi murah dari butik rins ni k...dtg ye ramai2
ezan : Salam kak rin, saya berminat dgn package 3 RM750, tapi yang french lace tu including yang RM700 tu ke?
gina : baju warna purple 2...
gina : alo kak rin..nk tnya...bj yg modal pakai kat front page tue..leh sewa ker..brape ek?..tanx q...
rins : hi
gast_1796 : hi
eda : k.rin..utk pakej 4 tu..boleh dapat pelamin utk dewan tak?
rins : buat masa ni kami x buat kursus andaman..jika dila nk belajar makeup..boleh belajar dari Nurin.. utk details «link»
rins : hi, buat masa ni kami x banyak koleksi utk pengantin XL ke atas..