|
PERINGKAT AKHIR PROGRAM PERINTIS RINS |
|
Friday, 05 September 2008 |
Pada 31/8/08 jam 12 tengahari bertempat di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju..
RINS telah mengadakan satu perjumpaan peringkat akhir bersama peserta PERINSTIS RINS yang dihadiri oleh 14 orang.5 orang peserta dari 2 kumpulan iaitu RYAA - Sada dan Mimi dan RINS REKA TEAM - Izza, As dan Aida. 2 dari 'CINTADANMEREKA', 2 dari 'POTRET KASIH' dan
3 orang jemputan dari 2 kumpulan peserta yang bertindak sebagai pembantu peserta.
|
|
Read more...
|
|
|
Wednesday, 27 August 2008 |
Sejak RINS menawarkan PERINTIS RINS semalam, kami tidak putus menerima email dari kenalan baru, bakal2 pengantin RINS, bekas2 pengantin RINS dan bakal2 usahawan pengantin yang mempunyai minat seiring dengan apa yang kami sedang terokai sekarang..
PERINTIS RINS
Kami sungguh tidak menyangka dan berasa amat terharu di atas kesediaan anda untuk bersama kami
berkongsi pengalaman dan idea dalam proses merealisasikan impian bersama memajukan diri dan seterusnya mencapai ke satu matlamat yg sama untuk berjaya.
Program ini diilhamkan oleh suami saya dengan matlamat untuk kami mendapat lebih ramai kenalan baru yang bercita2 untuk menceburi bidang perniagaan pengantin ini. Kami menganggap untuk terus
melangkah maju ke hadapan, RINS memerlukan 1 rangkaian yang lebih luas untuk bertukar2 idea dlm proses meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan.
OBJEKTIF & MATLAMAT
1. Membuka peluang perniagaan kepada bakal-bakal usahawan dalam industri perkahwinan.
2. Salah satu jalan "shortcut" utk memulakan perniagaan.
3. Ingin menberi keyakinan kepada yang masih ragu-ragu utk berjaya dalam perniagaan.
Dengan itu, kami ingin memfokuskan kpd mereka yg mempunyai ciri2 berikut untuk menyertai RINS :-
1. Mempunyai MINAT yang mendalam dalam bidang ini
2. Mempunyai SEMANGAT, GIGIH, BERANI, BERSEDIA untuk sebarang RISIKO perniagaan
3. Mempunyai MATLAMAT untuk terus berjaya.
4. Mempunyai KEKANGAN MODAL untuk memulakan perniagaan
5. Mendapat SOKONGAN MORAL/KEPERCAYAAN dari keluarga.
6. Dapat memberikan 100% komitmen terhadap apa yg dicitakan.
7. Mempunyai satu PLAN dan TARGET perniagaan yg ingin diceburi.
Bagi yg tidak mendapat sokongan, kami bersedia utk menjadi tulang belakang anda untuk terus maju ke hadapan.
PLAN PERINTIS RiNS
1. Mengumpulkan sejumlah penyertaan yang diterima melalui email dan ruangan komen di FP RiNS.
2. Interview secara tidak formal melalui YM utk berkenal mesra tentang latarbelakang.
3. Menyenarai pendekkan penyertaan yang diterima berdasarkan ciri-ciri di atas.
4. Mengumpulkan peserta yang terpilih di satu lokasi utk sesi suai kenal dan program diskusi secara tidak formal.
5. 2 peserta yg berkeyakinan tinggi dan berpotensi akan terpilih utk bersama-sama kami sebagai Perintis RiNS.
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI APABILA ANDA MENJADI PERINTIS RINS?
InsyaAllah berkat kegigihan, kita akan melangkah bersama untuk perjalanan yang lebih jauh menuju ke satu matlamat yang sama untuk berjaya.
|
|
|
TEMPAHAN PAKEJ PERKAHWINAN |
|
Thursday, 10 July 2008 |
TEMPAHAN PAKEJ PERKAHWINAN RINS
Bagi tarikh-tarikh berikut, tempahan pakej termasuk pelamin telah diTUTUP bagi anda yang belum membuat sebarang temujanji...bagaimana pun, sekiranya anda ingin membuat sewaan pakaian sahaja, servis tersebut masih dibuka.
11 OKTOBER 2008
25,27 DISEMBER 2008
Tempahan untuk majlis yang akan berlangsung pada tahun 2009 TELAH DIBUKA..kepada pelawat laman ini yang berminat dengan servis RINS, sila emailkan maklumat anda dan majlis untuk makluman awal kepada RINS..
NAMA
LOKASI MAJLIS
TARIKH MAJLIS
WARNA TEMA
PERKARA YANG INGIN ANDA TEMPAH..samada pelamin/pakaian/makeup/lain2 sila nyatakan secara ringkas
|
|
|
Saturday, 17 May 2008 |
Kepada semua pelanggan yang masih belum menghantar email tentang maklumat majlis anda, sila maklumkan kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
secepat mungkin bagi melancarkan proses penjadualan dari pihak RINS.
Maklumat yang penting untuk kami adalah :-
Tarikh dan masa bermula untuk majlis akad nikah bagi yg melibatkan makeup/pelamin mini utk akad. Tarikh dan masa bermula untuk majlis sanding/bertandang bagi yg melibatkan makeup Tarikh dan masa paling awal untuk pasang pelamin Tarikh dan masa buka pelamin terutama yg melibatkan pelamin dewan Peta lokasi tempat makeup/tempat pasang pelamin No telefon 2 orang yang terdekat dengan pasangan pengantin
Sila maklumakan kepada kami tentang maklumat yang kami perlukan spt di atas bagi memastikan kelancaran setiap majlis pelanggan kami.
Terima kasih di atas kerjasama anda.. Semoga kami dpt merealisasikan impian perkahwinan anda tidak berapa lama lagi.. |
|
|
Monday, 31 March 2008 |
|
Terima kasih kepada pelawat-pelawat rinssuzana.com..Untuk lebih koleksi pakaian, pelamin serta pakej. Anda dijemput layari http://rinssuzana.fotopages.com/
Suzana Abdullah
013-9400160
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 19 - 25 of 25 |