Blog
BERAT MATA MEMANDANG
Monday, 17 August 2009
Semalam, kami telah dikejutkan dengan satu khabar dari beberapa pelanggan kami mengenai apa yang telah berlaku di satu pameran pengantin yang telah berlangsung pada minggu lalu pada 13 - 15 Ogos 2009.

Kami agak terkilan apabila mereka menyatakan hal yang sama di mana hasil kerja RiNS telah dibawa ke pameran tanpa pengetahuan kami. Terdapat beberapa booth yang kebetulannya mencetak beberapa contoh gambar pelamin yang sama dari RiNS untuk tatapan pelanggan mereka. Walaupun tag nama RiNS SUZANA telah diletakkan pada paparan gambar di internet, namun ia telah ditampal dengan sticker nama butik mereka untuk meyakinkan pelanggan itu adalah hak milik mereka.

Keadaan tersebut telah mengelirukan pelanggan apatah lagi bila gambar yang sama turut digunakan oleh beberapa booth dari butik berlainan yang juga terlibat menjayakan pameran tersebut. Hal ini disedari oleh beberapa pelanggan yang kebetulannya baru saja selesai perbincangan bersama RiNS pada petang Sabtu dan ada juga yang telahpun melayari laman web kami sebelum ke pameran. Namun, amat terkilan apabila berlakunya tunding menuding di antara booth yang terlibat untuk meyakinkan pelanggan dengan mengatakan pelamin seperti dalam gambar tersebut adalah pertama kalinya dihasilkan oleh butik mereka. Keadaan ini telah mengelirukan pelanggan dan kerana itu jugalah mungkin pelanggan telah menghubungi kami semula untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan dari pihak kami berkenaan perkara tersebut.



Read more...
 
TAJAAN PELAMIN DAN DEKORASI PENTAS UTAMA MID VALLEY
Friday, 14 August 2009
Atas peluang dan kepercayaan dari pihak URBAN VIBE EVENT, RINS SUZANA telah menjadi penaja utama pentas utama bagi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MIDVALLEY 2009.

Dengan konsep pengekalan identiti RINS SUZANA, inilah hasil yang dibawakan ke pameran tahun ini oleh kami. Bercakap tentang konsep dan identity RINS, bermula 6 tahun yang lalu, RINS memasuki bidang perkahwinan ini dengan membawa konsep dekorasi ringkas berasaskan warna putih atau offwhite yang mana telah diolah untuk disesuaikan dengan sebuah majlis perkahwinan Melayu.

Agak sukar untuk meyakinkan pelanggan untuk menerima warna ini pada ketika itu kerana segelintir besar masih berpendapat perkahwinan melayu masih terikat dengan tradisi penggunaan warna-warna yang lebih terang dan ceria.
Namun RINS yakin jika diberi peluang yang lebih luas, konsep yang RINS bawakan ketika itu dapat diterima dengan menyeluruh tetapi mungkin mengambil masa.


Read more...
 
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT SEMUA..
Friday, 14 August 2009
Kami dari seluruh warga RINS SUZANA ingin merakamkan jutaan penghargaan buat pihak URBAN VIBE EVENT yang telah memberi sepenuh kepercayaan buat kami mengendalikan upacara pembukaan dan perasmian PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MID VALLEY 2009 dan juga pihak MID VALLEY EXHIBITION CENTRE yang telah banyak membantu melancarkan lagi segala persiapan awal sehingga ke saat akhir kami berada di MVEC.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih buat pihak-pihak dan individu lain yang turut terlibat dalam menjayakan sepanjang acara yang disediakan oleh RINS SUZANA terutamanya sepanjang acara pembukaan dan perasmian pameran. Pihak-pihak tersebut ialah :-

Read more...
 
PENCARIAN PENGANTIN RINS
Monday, 09 February 2009

PENCARIAN PENGANTIN RINS 2007/08/09..

utk keterangan sila rujuk http://rinssuzana.fotopages.com ...

 

 
Coretan
Tuesday, 20 January 2009

..satu kisah yang ingin saya diarikan di laman milik rins ini agar ia menjadi salah satu memori untuk perjalanan kami yang seterusnya..

2 hari yang lalu saya telah dihubungi oleh salah seorang pelanggan kami melalui panggilan telefon. Dari tutur katanya yang sopan, saya sudah boleh mengagak bahawa dia antara pelanggan yang saya senangi berbekalkan dari pengalaman rutin harian saya menerima pelanggan-pelanggan baru bermula dari baris-baris ayat dari sms atau email mahupun tutur kata dari perbualan telefon.

Beliau ingin mengatur pertemuan secepat mungkin untuk membincangkan tentang majlisnya yang bakal dilangsungkan pada 4 Jun akan datang kerana beliau telah kesuntukan masa atas sebab akan pulang ke daerah beliau bertugas di luar KL. Setelah mengusulkan lokasi majlis beliau, rupanya lokasi kediaman keluarganya sememangnya amat dekat dengan lokasi niaga kami yang lebih kurang hanya 500meter sahaja.
Temujanji diatur pada petang tersebut namun malangnya saya kurang sihat ketika itu dan tidak dapat untuk berjumpa beliau. Tempat saya digantikan suami. Setibanya beliau bersama adiknya, beliau menunjukkan reaksi yang menggambarkan beliau seorang yang simple dan memang disenangi. Sewaktu beliau mengambil kesempatan untuk mencuba koleksi pakaian kami, suami saya sempat beramah mesra dengan adik beliau. Tidak semenanya terusul tentang di mana asal mereka. Apabila diceritakan bahawa mereka berasal dari Kota Bharu, suami saya terus bertanyakan di mana mereka mendapat didikan peringkat menengah…
Kebetulan yang tidak dijangkakan apabila beliau adalah junior kami semasa menuntut di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu dulu.
Sewaktu beliau di tingkatan 1, kami di tingkatan 5. Apa yang agak lucu apabila suami saya sempat bertanyakan beliau…
“Siapa senior yang dia kenal..”
Katanya “..hazam..”
“siapa ketua pengawas ketika itu- 1997..”
Jawabnya dari dalam fitting room..“..rudy..”
Suami saya terus bertanya lagi…
“Abis tu yang kat depan ni siapa???....”
Lepas sahaja mendengar soalan terakhir tu, beliau terus terjerit dari dalam fitting room menggambarkan yang dia telah perasan dengan siapa dia telah bertemu setelah 12 tahun telah berlalu.

Sungguh tidak disangka rupanya kali ini pelanggan yang datang adalah ‘rakan persekolahan’ kami lebih seabad yang lalu.
Suami saya sempat berbual tentang keluarga beliau. Rupanya beliau merupakan puteri kepada Y. A Dato’ Mohamed Apandi bin Ali iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan Datin Faridah Begum. Sungguh kami tidak menyangkakan bahawa Aleen adalah dari golongan atasan yang sanggup datang ke tempat kami.
Perbincangan agak ringkas kerana beliau ada hal lain yang perlu diselesaikan, dan berkemungkinan juga beliau berhasrat untuk menemui saya juga..Kerana itu beliau menyatakan bahawa akan kembali keesokan harinya untuk berjumpa saya.
Seperti yang dijanjikan, beliau tiba ke tempat kami. Namun kerana mungkin sudah kesuntukan masa, beliau hanya singgah sebentar untuk menetapkan senarai tempahan beliau. Selebihnya untuk pemilihan pakaian atau konsep majlis, beliau ingin kedua orang tuanya yang datang menguruskan semua untuk beliau sementara ketiadaannya di KL.
Beberapa jam selepas kehadiran Aleen, tiba-tiba sungguh tidak saya sangkakan mendapat kunjungan dari pasangan Dato’ dan Datin ke lokasi niaga Rins yang begitu sederhana untuk mereka. Dengan rasa rendah diri, saya mempelawa mereka untuk masuk berbincang. Dalam hati saya ada seribu kegusaran bimbang kalau mereka tidak berpuas hati dengan pilihan aleen untuk mendapatkan servis dari kami yang dari home based ini.

Namun amatlah mengejutkan saya kerana pasangan Dato’ dan Datin ini antara pasangan yang mempunyai personaliti tinggi namun masih ‘memberi peluang’ dan ‘membuka 2 belah mata’ buat ‘golongan sederhana’ seperti kami untuk turut memeriahkan lagi majlis puterinya itu. Keramahan mereka membuatkan saya merasa ‘tidak terkebelakang’ dan seolah kami telah pernah bersua muka.

Bukan hanya merasa amat senang dengan budi bicara dan keramahan mereka, malah saya merasa amat gembira dan selesa dengan keadaan semasa kunjungan tersebut. Di saat peralihan rins ini untuk mengutuhkan lagi kekuatan sebagai persediaan penghijrahan kami, muncul insan-insan seperti pasangan Dato’ dan Datin yang memberi kata-kata semangat dan dorongan buat kami agar teruskan usaha ke arah mencari kejayaan. Kerana itu, di kesempatan ini saya dan suami ingin mengabadikan ucapan jutaan terima kasih buat Y.A Dato’ Hj. Mohamed Apandi b. Ali dan isteri Datin Faridah Begum di atas perangsang dan semangat yang diberikan untuk Rins. Walaupun mungkin amat ringkas, namun setiap kata semangat itu akan kami semat sebagai bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh di masa depan nanti.

Sehingga kini saya menganggap rins masih lagi perlu banyak mengalami proses peningkatan kualiti dari segi servis dan barangan yang ditawarkan.

-suzana abdullah-

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 10 - 18 of 25

Login

Kawan dengan RinS..
No account yet? Register | Lost Password?

Berita RINSS

Name:
Email:


Pelawat