| SOALAN-SOALAN LAZIM |
| Thursday, 31 July 2008 | |
|
Q : Boleh bagi alamat kedai kat mana? A : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Giant Ulu Kelang / Sebelah Taman Melawati. Corner Lot atas kedai eletrik. Bangunan yang sama dengan Kedai BATA dan OldTown White Coffee.
Q : Boleh buat pelamin di luar Lembah Klang? A : Kami belum menyediakan perkhidmatan untuk luar lembah klang
Q : Boleh tak saya nak sewa baju dan bawa ke luar Lembah Klang? Berapa hari boleh sewa?
A : Boleh untuk pengantin di luar Lembah Klang. Berapa hari sewaan bergantung kepada budibicara & perjanjian semasa tempahan dibuat.
Q : Macam mana saya nak buat appointment untuk ke Butik RiNS? A : Boleh Walk-in ikut waktu urusniaga kami. Kami mempunyai beberapa orang staf bahagian Khidmat Pelanggan. Selasa & Rabu kami bercuti.
A : Mungkin RiNS terlepas pandang. Boleh telefon jika mustahak di no 03-4147 1980.
Q: Saya mempunyai konsep perkahwinan saya tersendiri. Boleh tak RiNS ilhamkan konsep pelamin untuk kami. A: RiNS mempunyai Designer bahagian pelamin. Perbincangan mengenai konsep boleh dibuat di premis RiNS.
Q : “Saya dah ada kain sendiri..boleh saya tempah dengan RiNS?” A : RiNS tak amik tempahan guna kain customer. Tempahan khas RiNS hanya akan gunakan kain yang dipilih & dibeli oleh RiNS sahaja.
Q : Boleh tak kalau saya nak buat perubahan pada pakej RiNS untuk menyesuaikan dengan bajet saya? A : Boleh.
Q : Adakah dikenakan sebarang caj untuk mencuba koleksi pakaian RiNS? A : Tiada sebarang caj dikenakan
No Tel : 03-4147 1980 Email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Q : Harga boleh dirunding? A : Boleh. Tak ada masalah. Apa yang penting bagitau bajet perkahwinan supaya perbincangan boleh dibuat dengan selesa. |