LEMBARAN BARU 2009 BERSAMA RINS  E-mail
Tuesday, 06 January 2009

Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009 buat semua pelawat laman RiNS ini tidak kira yang telah lama mengikuti perkembangan kami mahupun dari mereka yang baru mengenali RiNS..Namun kesibukan musim yang lalu banyak membataskan masa saya berada di depan laptop ini..

Diari 2008 RiNS telah ditutup dengan pelbagai kenangan yang tidak akan kami lupakan sebagai bekalan untuk membuka lembaran baru 2009 bersama pelanggan-pelanggan yang lain pula. Terlalu banyak perkara yang kami pelajari sepanjang tahun 2008 dan telah banyak membantu kami dalam proses mempersiapkan diri menempuhi cabaran yang lebih jauh sepanjang 2009 ini.

Sempena lembaran baru pada tahun ini, kami ingin menaiktaraf mutu perkhidmatan kami serta kualiti servis yang ditawarkan kepada anda yang menghargai serta memberi sokongan serta kepercayaan setiap perjalanan RiNS ini. Kami menyusun jari memohon jutaan maaf di atas segala ketidaksempurnaan terutamanya sepanjang perniagaan kami beroperasi secara kecilan di salah sebuah rumah jenis ‘townhouse’ yang tidak begitu luas dan kurang selesa untuk pelanggan kami.
Pelbagai reaksi positif dan tidak kurang yang berpandangan negative terhadap perniagaan home based ini yang kami terima sepanjang operasi kami. Kerana itu, kami sentiasa mengingatkan secara terbuka di laman kami di mana operasi kami hanya secara kecilan di lokasi deretan townhouse sahaja agar mereka yang datang tidak membawa setinggi imiginasi di mana RiNS adalah salah sebuah butik yang besar. Walaupun begitu, masih ada yang tidak mengetahuinya kerana tidak melayari laman-laman yang seterusnya berkenaan di sebalik RiNS ini. Kerana itu, mereka menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan apabila sampai sahaja baru mengetahui tentang lokasi ruangniaga kami. Kepada mereka yang mementingkan lokasi ruangniaga, mungkin RiNS bukanlah pilihan yang tepat buat anda untuk datang membuat kunjungan kerana buat masa terdekat ini, kami masih lagi beroperasi secara kecilan.
Ada juga yang memahami lokasi kami namun agak keliru dan mereka mengambil kesempatan untuk datang selepas jam 5ptg. Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa walaupun perniagaan kami adalah secara home based, namun kami bukan menetap di lokasi yang sama. Ruang niaga dan kediaman kami adalah di lokasi berbeza. Kerana itu, saya tidak dapat memenuhi permintaan untuk menyediakan servis sehingga ke waktu malam.

Dengan mengambilkira kesemua faktor keutamaan untuk keselesaan pelanggan-pelanggan kami, RiNS akan melangkah setapak lagi dengan 1 penghijrahan lokasi antara februari-mac nanti. Dengan hijrah tersebut, kami mengharapkan agar kekurangan yang ada pada masa yang lalu dan masa yang terdekat ini dapat diatasi.
Proses peralihan ini akan memberi sedikit kesan dalam tempoh terdekat ini di mana kesibukan kami akan lebih bertambah, susun atur barangniaga di lokasi kini akan menjadi kurang elok kerana kami akan memulakan operasi ini secara beransur-ansur dan mungkin akan melibatkan pandangan yang kurang teratur semasa kunjungan anda..

Dengan ini, kami amat mengharapkan agar anda yang bakal mengunjungi kami dalam tempoh terdekat dapat memahami segala situasi tersebut menjelangnya proses penghijrahan kami ini. Sebagai sejuta penghargaan buat pelanggan RiNS, kami ingin berkongsi kesyukuran di atas hijrah kami ini bersama semua yang telah menjadi tunggak utama RiNS…Nantikan utusan khas tidak lama lagi buat semua pelawat RiNS ini. Mungkin ada yang menarik menanti anda tidak lama lagi……

PROMOSI PAKAIAN PENGANTIN, PELAMIN DAN KELENGKAPAN BUTIK(terpakai) UNTUK DIJUAL
Buat bakal pengusaha butik perkahwinan yang masih mencari kelengkapan perniagaan anda, anda dialukan untuk menghubungi kami di RiNS untuk mendapatkan barangan tersebut dengan harga yang amat berpatutan. Sempena proses peralihan ini, kami ingin mengemaskini stok barangan sedia ada dan membuka jualan barangan terpakai kepada rakan-rakan niaga yang sealiran dengan RiNS. Promosi ini dibuka bermula sekarang sehingga 31/1/09. Anda boleh merebut peluang ini untuk mendapatkan barangan yang anda perlukan dari kami dengan harga yang terendah.
Untuk temujanji membuat kunjungan/pembelian, sila hubungi :- 013-9400160 (suzana)
servis pos juga disediakan.Kos pos adalalah tanggungan pelanggan.

 

Login

Kawan dengan RinS..
No account yet? Register | Lost Password?

Berita RINSS

Name:
Email:


Pelawat