Coretan  E-mail
Tuesday, 20 January 2009

..satu kisah yang ingin saya diarikan di laman milik rins ini agar ia menjadi salah satu memori untuk perjalanan kami yang seterusnya..

2 hari yang lalu saya telah dihubungi oleh salah seorang pelanggan kami melalui panggilan telefon. Dari tutur katanya yang sopan, saya sudah boleh mengagak bahawa dia antara pelanggan yang saya senangi berbekalkan dari pengalaman rutin harian saya menerima pelanggan-pelanggan baru bermula dari baris-baris ayat dari sms atau email mahupun tutur kata dari perbualan telefon.

Beliau ingin mengatur pertemuan secepat mungkin untuk membincangkan tentang majlisnya yang bakal dilangsungkan pada 4 Jun akan datang kerana beliau telah kesuntukan masa atas sebab akan pulang ke daerah beliau bertugas di luar KL. Setelah mengusulkan lokasi majlis beliau, rupanya lokasi kediaman keluarganya sememangnya amat dekat dengan lokasi niaga kami yang lebih kurang hanya 500meter sahaja.
Temujanji diatur pada petang tersebut namun malangnya saya kurang sihat ketika itu dan tidak dapat untuk berjumpa beliau. Tempat saya digantikan suami. Setibanya beliau bersama adiknya, beliau menunjukkan reaksi yang menggambarkan beliau seorang yang simple dan memang disenangi. Sewaktu beliau mengambil kesempatan untuk mencuba koleksi pakaian kami, suami saya sempat beramah mesra dengan adik beliau. Tidak semenanya terusul tentang di mana asal mereka. Apabila diceritakan bahawa mereka berasal dari Kota Bharu, suami saya terus bertanyakan di mana mereka mendapat didikan peringkat menengah…
Kebetulan yang tidak dijangkakan apabila beliau adalah junior kami semasa menuntut di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu dulu.
Sewaktu beliau di tingkatan 1, kami di tingkatan 5. Apa yang agak lucu apabila suami saya sempat bertanyakan beliau…
“Siapa senior yang dia kenal..”
Katanya “..hazam..”
“siapa ketua pengawas ketika itu- 1997..”
Jawabnya dari dalam fitting room..“..rudy..”
Suami saya terus bertanya lagi…
“Abis tu yang kat depan ni siapa???....”
Lepas sahaja mendengar soalan terakhir tu, beliau terus terjerit dari dalam fitting room menggambarkan yang dia telah perasan dengan siapa dia telah bertemu setelah 12 tahun telah berlalu.

Sungguh tidak disangka rupanya kali ini pelanggan yang datang adalah ‘rakan persekolahan’ kami lebih seabad yang lalu.
Suami saya sempat berbual tentang keluarga beliau. Rupanya beliau merupakan puteri kepada Y. A Dato’ Mohamed Apandi bin Ali iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan Datin Faridah Begum. Sungguh kami tidak menyangkakan bahawa Aleen adalah dari golongan atasan yang sanggup datang ke tempat kami.
Perbincangan agak ringkas kerana beliau ada hal lain yang perlu diselesaikan, dan berkemungkinan juga beliau berhasrat untuk menemui saya juga..Kerana itu beliau menyatakan bahawa akan kembali keesokan harinya untuk berjumpa saya.
Seperti yang dijanjikan, beliau tiba ke tempat kami. Namun kerana mungkin sudah kesuntukan masa, beliau hanya singgah sebentar untuk menetapkan senarai tempahan beliau. Selebihnya untuk pemilihan pakaian atau konsep majlis, beliau ingin kedua orang tuanya yang datang menguruskan semua untuk beliau sementara ketiadaannya di KL.
Beberapa jam selepas kehadiran Aleen, tiba-tiba sungguh tidak saya sangkakan mendapat kunjungan dari pasangan Dato’ dan Datin ke lokasi niaga Rins yang begitu sederhana untuk mereka. Dengan rasa rendah diri, saya mempelawa mereka untuk masuk berbincang. Dalam hati saya ada seribu kegusaran bimbang kalau mereka tidak berpuas hati dengan pilihan aleen untuk mendapatkan servis dari kami yang dari home based ini.

Namun amatlah mengejutkan saya kerana pasangan Dato’ dan Datin ini antara pasangan yang mempunyai personaliti tinggi namun masih ‘memberi peluang’ dan ‘membuka 2 belah mata’ buat ‘golongan sederhana’ seperti kami untuk turut memeriahkan lagi majlis puterinya itu. Keramahan mereka membuatkan saya merasa ‘tidak terkebelakang’ dan seolah kami telah pernah bersua muka.

Bukan hanya merasa amat senang dengan budi bicara dan keramahan mereka, malah saya merasa amat gembira dan selesa dengan keadaan semasa kunjungan tersebut. Di saat peralihan rins ini untuk mengutuhkan lagi kekuatan sebagai persediaan penghijrahan kami, muncul insan-insan seperti pasangan Dato’ dan Datin yang memberi kata-kata semangat dan dorongan buat kami agar teruskan usaha ke arah mencari kejayaan. Kerana itu, di kesempatan ini saya dan suami ingin mengabadikan ucapan jutaan terima kasih buat Y.A Dato’ Hj. Mohamed Apandi b. Ali dan isteri Datin Faridah Begum di atas perangsang dan semangat yang diberikan untuk Rins. Walaupun mungkin amat ringkas, namun setiap kata semangat itu akan kami semat sebagai bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh di masa depan nanti.

Sehingga kini saya menganggap rins masih lagi perlu banyak mengalami proses peningkatan kualiti dari segi servis dan barangan yang ditawarkan.

-suzana abdullah-

 

 

Login

Kawan dengan RinS..
No account yet? Register | Lost Password?

Berita RINSS

Name:
Email:


Pelawat