| SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT SEMUA.. |
| Friday, 14 August 2009 | |
|
Kami dari seluruh warga RINS SUZANA ingin
merakamkan jutaan penghargaan buat pihak URBAN VIBE EVENT yang telah memberi
sepenuh kepercayaan buat kami mengendalikan upacara pembukaan dan perasmian
PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MID VALLEY 2009 dan juga pihak MID VALLEY EXHIBITION
CENTRE yang telah banyak membantu melancarkan lagi segala persiapan awal
sehingga ke saat akhir kami berada di MVEC. Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih buat pihak-pihak dan individu lain yang turut terlibat dalam menjayakan sepanjang acara yang disediakan oleh RINS SUZANA terutamanya sepanjang acara pembukaan dan perasmian pameran. Pihak-pihak tersebut ialah :- Shahmie Catering sebagai penaja kek perkahwinan. Ian sham, Jye (dari Harharah Bridal), Eiy, Wan, Nurin (Nurin Makeover) sebagai penaja solekan dan dandanan model dan pengapit. Aizat Rush (dari Bliss Candid) dan Emier (dari Harharah Bridal) sebagai jurufoto. Dj dan system bunyi dari Razeila Entertainment / Razlan Kristal. Model untuk pertujukan fesyen iaitu Intan Zulaikha, Lynda, Emyli. Nurul Syarafina yang telah mendendangkan 2 buah lagu. Kumpulan tari dari Gemalai Tari, kumpulan pengapit, pembawa bunga manggar dan flower boy, flower girl dari Adila Kids. Pihak-pihak yang menjaya upacara merenjis iaitu wakil dari URBAN VIBE EVENT, DIOS ASTANA, ARTIST ART. Terima kasih juga kepada semua pengunjung pameran yang telah hadir ke pameran dan juga booth kami. Kunjungan anda amat kami hargai dalam memeriahkan lagi acara dan promosi yang disediakan dari semua pihak yang terlibat sepanjang pameran. Semoga bertemu anda lagi untuk perbincangan selanjutnya yang lebih selesa di butik kami dan dapat melihat koleksi pakaian yang lebih pilihan untuk anda. Tidak dilupakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ayahanda dan bonda tercinta (Hj. Abdullah Abas dan Hjh Zubaidah Yaakub, Hj Ismail Mohammad & Hjh W. Sapurah Wan Abdullah), kekanda2 (Mohd Azlee , Norme Azura, Anis Salwa, ipar2 Shamshinurwalis, Zainal Fitri dan Basir Abdul Shammad) serta anak2 buah tersayang yang tidak putus memberi sokongan dan semangat buat kami. Insan-insan ini amat bermakna buat kami dan telah memberi inspirasi utk kami berdua dalam mengatur perjalanan RINS. Kami juga ingin ukirkan penghargaan buat pasangan Hj Abdullah Ibrahim dan Hjh Rafeah iaitu sepupu kami yang juga idola buat kami.Mereka telah banyak memberi sokongan dan semangat selama ini. Apa yang telah kami hasilkan selama ini adalah dari cetusan cabaran dari mereka untuk melihat kekuatan pilihan kami. Semoga apa yang kami ada waktu ini dapat menggembirakan mereka walaupun tidak dinafikan masih banyak kekurangan dari kami untuk diperbaiki lagi pada masa akan datang. InsyaAllah dengan peluang-peluang yang mungkin masih terbuka buat kami kelak akan dapat membangunkan lagi RINS seperti yang kami impikan berbekalkan kekuatan dan sokongan dari insan-insan tersayang ini dan juga kenalan, serta pelanggan semua. Buat semua staf RINS SUZANA sama ada yang tetap mahupun separuh masa, kami juga tetap ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan di atas kerjasama yang padu buat RINS sepanjang bermulanya persiapan awal dari penghujung Jun sehinggalah berakhir pada hari ini 10 Ogos. Mereka yang telah menjayakan apa yang telah kami rancangkan sepanjang pameran adalah :- En Azlee Abdullah sebagai penasihat RINS SUZANA STAF TETAP Abdullah, Nubhan dan Hafidzuddin yang telah merealisasikan ilham dari kami berdua khas dalam pembikinan pelamin dan dekorasi pentas utama. Aida, Ziela dan Nur sebagai bahagian pemasaran dan promosi, persedian butik untuk booth di pameran dan persembahan hari perasmian. STAF SEPARUH MASA Azam sebagai ketua operasi dan logistik Yusri, Remy dan Shaidi sebagai pembantu pemasangan. Redzuan sebagai jurusolek dan pembantu di booth untuk khidmat pelanggan. Walaupun persiapan mengambil masa hampir dua bulan, namun dengan kerjasama semua dari mereka, segala aturcara dan program dari RINS telah berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. -Rudy & Suzana- Butik Rins Suzana 8B, Persiaran Permata Taman Permata Ulu Klang (hadapan Giant Hypermarket) 53300 Kuala Lumpur Tel Butik : 03-4147 1980 H/P : 013-940 0160 (Pn Suzana Abdullah) email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it facebook : rins suzana YM ID : rinsbridal80 |