BERAT MATA MEMANDANG  E-mail
Monday, 17 August 2009
Semalam, kami telah dikejutkan dengan satu khabar dari beberapa pelanggan kami mengenai apa yang telah berlaku di satu pameran pengantin yang telah berlangsung pada minggu lalu pada 13 - 15 Ogos 2009.

Kami agak terkilan apabila mereka menyatakan hal yang sama di mana hasil kerja RiNS telah dibawa ke pameran tanpa pengetahuan kami. Terdapat beberapa booth yang kebetulannya mencetak beberapa contoh gambar pelamin yang sama dari RiNS untuk tatapan pelanggan mereka. Walaupun tag nama RiNS SUZANA telah diletakkan pada paparan gambar di internet, namun ia telah ditampal dengan sticker nama butik mereka untuk meyakinkan pelanggan itu adalah hak milik mereka.

Keadaan tersebut telah mengelirukan pelanggan apatah lagi bila gambar yang sama turut digunakan oleh beberapa booth dari butik berlainan yang juga terlibat menjayakan pameran tersebut. Hal ini disedari oleh beberapa pelanggan yang kebetulannya baru saja selesai perbincangan bersama RiNS pada petang Sabtu dan ada juga yang telahpun melayari laman web kami sebelum ke pameran. Namun, amat terkilan apabila berlakunya tunding menuding di antara booth yang terlibat untuk meyakinkan pelanggan dengan mengatakan pelamin seperti dalam gambar tersebut adalah pertama kalinya dihasilkan oleh butik mereka. Keadaan ini telah mengelirukan pelanggan dan kerana itu jugalah mungkin pelanggan telah menghubungi kami semula untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan dari pihak kami berkenaan perkara tersebut.



Timbul juga isu apabila diberi penerangan oleh booth- booth tersebut tentang contoh gambar tersebut adalah menggunakan fresh flower dan tawaran harganya amat murah. Namun, di sini kami ingin jelaskan kepada pelanggan yang telah keliru dengan info yang diberikan oleh mereka bahawa segala bunga dalam gambar yang telah diciplak adalah menggunakan artificial flowers.

Oleh kerana telah berlaku perkara sebegini, kami ingin meyakinkan semua pelanggan kami yang bakal menggunakan servis kami selepas ini bahawa apa yang kami paparkan di seluruh laman web dan fotopages milik RINS SUZANA adalah sepenuhnya hasil kerja dari warga RiNS SUZANA dan bukannya menciplak gambar-gambar dari pihak lain untuk tatapan pelanggan kami. Segala servis yang telah diselesaikan dari pelanggan terdahulu sehingga sekarang telah dapat kami jayakan seperti apa yang dipaparkan kepada pelanggan. RINS SUZANA juga tidak pernah memberi kontrak tempahan pelamin kepada mana-mana butik pengantin dengan menggunakan item dan material yang disediakan oleh pihak kami. Segala tempahan pelamin oleh pelanggan kami hanya diselesaikan oleh staf terlatih kami dan tiada kaitan dengan pihak luaran. Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan pelanggan kami terhadap isu tersebut.
 

Login

Kawan dengan RinS..
No account yet? Register | Lost Password?

Berita RINSS

Name:
Email:


Pelawat